Minggu 1
Pada minggu ini, kami diajar mengenai penggunaan enjin pencari bahan bahasa Melayu. Pada mulanya, kami diberikan kuliah mengenai penggunaan enjin pencari bahan tersebut dan diamalikan di bawah bimbingan pensyarah pembimbing iaitu En Firdaus. Setelah itu, kami amalikan bagaimana mencari vdeo, imej serta audio untuk digunakan sebagai bahan bantu mengajar. Pada masa yang sama, kami juga didedahkan bagaimana untuk menyimpan semua bahan yang telah dicari di dalam satu folder mengikut jenisnya. Pencarian bahan ini secara tidak langsung dapat memahirkan kami dalam ICT seterusnya dapat memudahkan kami mencari bahan yang bersesuaian.
Minggu 2
Pada minggu ini pula kami diarahkan untuk mencari bahan mengikut objektif setiap kemahiran iaitu kemahiran lisan, membaca dan menulis. Setiap objektif kemahiran ini disertakan dua tajuk bahan yang dipilih dan mengapa bahan tersebut bersesuaian dengan objektif. Pada sesi ini, saya telah memilih tahun 1.
Minggu 3
Minggu ini kami telah dikuliahkan tentang penggunaan brosur dan juga powerpoint. Dalam tugasan yng diberikan, kami diarahkan untuk membuat brosur dan powerpoint mengikut tajuk yang telah diberikan iaitu Etika Penggunaan Internet dan Hak Cipta. Setelah itu, En. Firdaus telah memilih beberapa orang untuk membentangkan hasil kerja yang telah mereka hasilkan.
Minggu 4
Pada minggu ini, kami belajar bagaimana cara mengedit video menggunakan perisian wondershare dengan mendapat bimbingan daripada En Firdaus. Pada masa yang sama, kami juga belajar cara mengedit gambar mengunakan aplikasi pizap secara online dengan bimbingan daripada rakan sekelas iaitu Shaidathul Aqma. Selain itu, kami juga belajar daripada rakan lain dengan menggunakan printscreen dan juga Snipping Tool.
Minggu 5
Pada minggu ini pula kami diarahkan untuk membina tapak pembelajaran menggunakan perisian powerpoint.Pembinaan tapak pembelajaran mengambil kira beberapa kriteria dari segi penggunaan warna, bahan dan lain-lain. Pada masa yang sama, En Firdaus juga meminta beberapa orang untuk membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas. Semasa sesi pembentangan dijalankan, rakan lain turut memberi respons penambahbaikan yang perlu bagi setiap tapak pembelajaran yang dibentangkan.
Menu Home masih kosong, sila catatkan pengenalan kursus dan lain-lain yang berkaitan
ReplyDelete