Tajuk 2
(Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran B.Melayu)
- Mengumpul dan Mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks
- Mengumpul bahan daripada Internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.
- Menggunakan folder dalam perkomputeran awam untuk berkongsi bahan. Contoh, Google Drive/ Dropbox
- Menggalakkan usaha koleboratif dalam perkongsian bahan
Pada minggu ini, kami diarahkan untuk mencari bahan yang bersesuaian mengikut objektif kemahiran yang terkandung dalam dokumen standard KSSR. Berdasarkan tugasan ini, saya memilih Tahun 1. Melalui aktiviti ini, secara tidak langsung, kami dapat mengetahui kesesuaian bahan yang dipilih mengikut objektif. Seterusnya dapat membantu kami apabila mengajar nanti.
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Objektif 1
|
mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi
dalam persekitaran dengan teliti dan betul;
|
Tajuk 1
|
Bunyi-bunyi haiwan
|
Kesesuaian
|
Bahan ini mengandungi bunyi-bunyi haiwan seperti ayam, harimau dan lain-lain. Murid-murid boleh mendengar, mengecam dan
mengajuk bunyi-bunyi yang diperdengarkan.
|
Tajuk 2
|
Bunyi mekanikal
|
Kesesuaian
|
Bahan ini ialah video yang memaparkan bunyi-bunyi mekanikal seperti bunyi jam loceng, telefon dan lain-lain. Guru boleh menggunakan
bahan ini dengan meminta murid untuk mengecam bunyi yang diperdengarkan dan
menyatakan kegunaannya.
|
Objektif 2
|
mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang
mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan
konsonan bergabung dengan betul dan tepat
|
Tajuk 1
|
Bunyi alam
|
Kesesuaian
|
Bahan ini memaparkan bunyi alam seperti air terjun, angin dan sebagainya.
|
Tajuk 2
|
Kenderaan
|
Kesesuaian
|
Bahan ini merupakan video tentang kenderaan seperti basikal, motosikal, lori dan lain-lain beserta ejaan bagi setiap kenderaan tersebut.
|
Objektif 3
|
mendengar, memahami dan menyebut frasa dan ayat tunggal
dengan betul dan tepat
|
Tajuk 1
|
|
Kesesuaian
|
Bahan ini merupakan video grafik yang mempunyai
beberapa jenis permainan. Guru boleh menggunakan bahan ini dengan membuat aktiviti seperti menyebut dan mengeja
perkataan tersebut.
|
Tajuk 2
|
|
Kesesuaian
|
Bahan ini mengandungi beberapa jenis ayat tunggal yang boleh digunakan oleh guru untuk aktiviti mendengar dan seterusnya membaca ayat yang didengar.
|
Objektif 4
|
mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan
atau gerak laku berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan dengan betul
|
Tajuk 1
|
|
Kesesuaian
|
Bahan ini pula merupakan dialog ringkas Mei Ling dalam pelbagai situasi. Murid dikehendaki untuk melakonkan dialog tersebut dengan menggunakan sebutan yang betul.
|
Tajuk 2
|
|
Kesesuaian
|
Bahan ini mengandungi nama-nama haiwan dan juga cirinya. Guru boleh mengarahkan murid untuk melakonkan hiwan-haiwan tersebut.
|
Objektif 5
|
bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan
menggunakan ayat yang mengandungi diksi, kata panggilan, kata ganti nama diri
pertama dan kedua dengan betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila
|
Tajuk 1
|
Lagu "Bapaku pulang"
|
Kesesuaian
|
Guru boleh menggunakan bahan ini dengan mengaplikasikan panggilan yang sesuai mengikut peringkat umur dan status.
|
Tajuk 2
|
Lagu: Terima Kasih Cikgu
|
Kesesuaian
|
Bahan ini pula merupakan sebuah lagu yang bertajuk
‘Terima Kasih Cikgu’. Seni kata lagu ini merupakan penghargaan terhadap jasa
guru yang mendidik murid sejak dari mula, daripada tidak tahu kepada tahu. Melalui bahan ini, secara tidak langsung dapat mendidik murid menghargai jasa guru. Guru juga boleh mengarahkan murid untuk menari mengikut rentak lagu ini. Selain itu, guru juga boleh mengarahkan murid untuk berlakon situasi di dalam kelas.
|
Objektif 6
|
bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan semula
perkara yang didengar menggunakan ayat tunggal dengan tepat, sebutan yang jelas
dan intonasi yang betul
|
Tajuk 1
|
Kempen anti dadah
|
Kesesuaian
|
Bahan video ini memaparkan perkara yang tidak seharusnya diikuti oleh murid. Menggunakan bahan ini, guru boleh meminta murid untuk menceritakan semula video yang telah mereka tonton dengan menggunakan intonasi yang betul dan sebutan yang jelas.
|
Tajuk 2
|
Si Pengembala Kambing
|
Kesesuaian
|
Bahan ini merupakan video sebuah cerita binatang iaitu ‘Si Pengembala Kambing'. Video ini menceritakan tentang kisah seorang pemgembala kambing yang nakal. Pengembala kambing ini suka mempermainkan orang kampung dengan tabiatnya yang suka menipu.ayam yang ingin terbang tinggi seperti helang. Menggunakan bahan ini, guru boleh meminta murid untuk menceritakan semula kisah 'Si Pengembala Kambing' yang telah mereka tonton menggunakan ayat tunggal yang tepat dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
|
Objektif 7
|
berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu
perkara dengan tepat dengan menggunakan perkataan yang sesuai secara
bertatasusila
|
Tajuk 1
|
Bumi hijau
|
Kesesuaian
|
Guru boleh menggunakan bahan ini dengan bersoal jawab mengenai tayangan tadi dengan mengarah murid mengangkat tangan sebelum menjawab.
|
Tajuk 2
|
Belilah barang Malaysia
|
Kesesuaian
|
video ini juga memaparkan kepentingan membeli barangan buatan Malaysia. guru boleh menggunakan bahan ini
untuk bersoal jawab dengan murid dan meminta murid menyampaikan maklumat yang
mereka perolehi daripada video tersebut menggunakan perkataan yang tepat dan
sesuai
|
KEMAHIRAN MEMBACA
Objektif 1
|
membaca pelbagai perkataan, frasa, dan ayat secara
mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul
|
Tajuk 1
|
Kebun Datuk Anas
|
Kesesuaian
|
Petikan ini mengandungi pelbagai bentuk ayat yang
memerlukan sebutan dan intonasi yang betul. Secara tidak langsung dapat
membantu murid menyebut pelbagai perkataan, frasa dan ayat dengan sebutan dan
intonasi yang betul.
|
Tajuk 2
|
Rusa yang Bongkak
Di sebuah hutan, ada seekor rusa yang bongkak. Rusa itu selalu pergi ke tepi kolam untuk melihat bayangnya. Rusa itu berasa bangga melihat tanduknya yang cantik.” Oh, cantiknya tandukku!” kata rusa itu kepada dirinya. Namun demikian, rusa itu tidak suka pada kakinya yang kurus.”Hai, lihatlah betapa kurusnya kakiku. Aku mahu kakiku cantik juga. Aku mahu kelihatan cantik dari kepala hingga hujung kaki,” rungutnya. Pada suatu hari, ketika sedang melihat-lihat bayangnya di tepi kolam, rusa terdengar seekor anjing menyalak. Rusa itu sedar yang anjing pemburu sedang menuju ke tempat itu. Rusa itu berasa takut lalu berlari sekuat hati. Sedang rusa itu berlari ke dalam hutan, tiba-tiba tanduknya tersangkut pada dahan-dahan sebatang pokok yang rendah. Rusa itu meronta-ronta untuk melepaskan tanduknya daripada dahan-dahan itu. Rusa itu bertambah cemas apabila kedengaran salakan anjing semakin dekat. Akhirnya, kakinya yang kurus tetapi kuat itu dapat menolongnya melepaskan diri. Namun, tanduknya patahnya sedikit. Anjing pemburu semakin hampir. Rusa itu dapat melarikan diri kerana ia boleh berlari laju. Rusa itu kini menyedari kegunaan kakinya yang telah membantu menyelamatkan dirinya daripada bahaya. Sejak hari itu, rusa itu tidak lagi memandang kakinya sebagai sesuatu yang buruk atau tidak berguna. Rusa itu juga tidak bongkak seperti dahulu kerana tanduknya tidak lagi kelihatan begitu cantik. Sedarlah rusa itu bahawa kecantikan tidak semestinya membawa kebaikan.
|
Kesesuaian
|
Petikan cerita ini mengisahkan tentang seekor rusa yang bangga dengan tanduknya yang cantik. Cerita ini menggunakan pelbagai
bentuk ayat seperti ayat tunggal, ayat tanya dan dialog. Penggunaan petikan
cerita ini membolehkan murid memerlukan murid untuk membaca dengan sebutan
dan intonasi yang betul.
|
Objektif
2
|
membaca dan memahami perkataan dan frasa yang mengandungi
perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan
bergabung dengan betul
|
Tajuk
1
|
Anak Itik Tok Wi
|
Kesesuaian
|
Seni kata ini
mengandungi perkataan yang mengandungi diftong, digraf, dan konsonan
bergabung.
|
Tajuk
2
|
Asal usul Udang Galah Bongkok
Pada zaman dahulu, kononnya ada seekor udang galah. Udang galah ini adalah haiwan yang paling besar sekali di lautan. Udang galah sangat suka bercakap besar."Tiada siapa yang lebih besar daripada ku," kata Udang Galah.
Burung laut yang ada di sekitar dan di pinggir pantai terkejut dan ketakutan menyebabkan burung laut merasa benci akan keangkuhan Udang Galah. "Ada yang lagi besar daripada kamu. Kalau kamu nak tahu, ikutlah aku," kata burung laut.
Burung laut pun terbang dan Udang Galah pun mengekorinya. Mereka sampai di laut selatan. Udang Galah keletihan di sebabkan perjalanan yang amat jauh lalu ia mencari tempat untuk berehat. Ia ternampak sebuah gua dan segera masuk kedalam.
"Dapatlah aku berteduh," kata Udang Galah. Tiba-tiba, "siapa pula yang mencucuk hidungku," kata ikan paus. Udang Galah tidak sedar ia telah masuk kedalam lubang hidung ikan paus.
"Hei! Kamu masuk ke dalam lubang hidung ku," jerit ikan paus.
Barulah sedar ia telah masuk kedalam hidung ikan paus. Rupanya ada haiwan yang lebih besar daripadanya. Ikan paus pun bersin. Udang Galah terlambung ke udara dan belakangnya terhempas ke batu karang.
"Aduh! Sakitnya," kata Udang Galah. Rupanya pinggangnya patah.
Semenjak itu udang Galah menjadi bongkok. Ianya tidak berani lagi bercakap besar. Jalannya pun mengundur semenjak itu.
|
Kesesuaian
|
Bahan
ini merupakan cerita pendek yang mengisahkan seekor udang galah yang bercakap besar. Bahan
ini sesuai digunakan untuk pengajaran kemahiran membaca murid tahun 1 kerana
menggunakan ayat yang mudah dan mengandungi banyak pengajaran dan nilai moral
yang sesuai.
|
Objektif
3
|
membaca ayat tunggal daripada pelbagai bahan bacaan
dengan sebutan yang betul
|
Tajuk
1
|
Aku sebatang pen. Nama aku ialah Faber Castle. Saya dilahirkan di sebuah kilang pada tahun 1975. Aku berwarna merah. Badan aku diperbuat daripada plastik. Pada suatu hari, aku dan kawan-kawan aku di bungkus di dalam kotak.
Kami dibawa ke sebuah kedai menaiki van. Setelah kami tiba di kedai peralatan menulis, kami di pamerkan di sebuah rak kaca. Seorang guru bernama Puan Siti membeli saya dengan harga RM 2.90. Beliau selalu membawa saya ke sekolah. Beliau menggunakan saya untuk menandakan buku latihan pelajar. Beliau juga amat sayang akan saya. Setiap hari sebelum balik, beliau mesti memastikan saya berada dalam begnya. Setelah tiga bulan, dakwat saya yang berwarna merah itu kehabisan. Saya tidak dapat menolong tuan saya lagi. Saya berasa sangat sedih. Beliau membeli sebatang pen merah yang baru. Saya gembira kerana dapat kawan baru. Tetapi, tuan saya telah membuat keputusan untuk membuang saya. Walaupun saya berasa sedih, namun berasa gembira kerana dapat berjasa untuk tuan saya selama ini dengan rajin. |
Kesesuaian
|
Petikan
ini mempunyai banyak ayat tunggal. Selain daripada dapat membaca ayat tunggal
dengan sebutan yang betul petikan ini juga mempunyai pelbagai perkataan
baharu yang dapat memperkayakan kosa kata murid. Bahan ini sesuai kerana
memerlukan murid untuk memilih jawapan yang sesuai sebelum membaca petikan
yang lengkap.
|
Tajuk
2
|
Harimau dan bayang-bayangnya
|
Kesesuaian
|
Petikan ini sesuai digunakan kerana mengandungi banyak ayat tunggal dan
dapat melatih murid membaca ayat tunggal dengan berkesan.
|
Objektif
4
|
membaca dengan sebutan, intonasi dan jeda mengikut tanda
baca dengan betul
|
Tajuk
1
|
Harimau dan bayang-bayangnya
Di dalam sebuah hutan ada seekor harimau yang besar dan garang. Semua binatang yang kecil takut akan dengan harimau itu. Apabila sang harimau mengaum, semua binatang akan bersembunyi. Binatang yang tidak sempat bersembunyi pasti akan menjadi mangsa harimau tersebut.
Pada suatu hari, sang kancil sedang mencari makanan di satu kawasan yang redup. Ia seronok memakan daun-daun muda. Tiba-tiba ia terdengar bunyi ranting patah dari arah belakangnya. Ia terus menoleh. Ia nampak seekor harimau sedang menghampirinya.
Harimau itu mengaum dengan kuatnya dan sungguh menakutkan dan sang kancil tidak sempat untuk melarikan diri. "Kali ini kau tidak boleh lari kan diri lagi, aku akan makan kau, kancil!," kata harimau dengan garang. "Kalau engkau makan aku, kau akan di makan oleh binatang yang lebih besar," kata sang kancil.
"Binatang yang mana pula berani melawan ku?" tanya harimau dengan marah. "Pagi tadi aku berjumpa dengan seekor harimau yang jauh lebih besar dari mu. Kata harimau itu dialah harimau yang paling kuat di hutan ini." kata kancil. Harimau menjadi sangat marah dan mengaum dengan sekuat hati.
"Tunjukkan aku di mana harimau yang angkuh itu. Aku akan mengalahkannya," kata harimau dengan nada yang amat angkuh.
Kancil pun berlari pantas meninggalkan tempat itu dan harimau terus mengekori. Sekali sekala harimau mengaum kerana marah. Semua binatang lain bertempiran lari ketakutan tetapi merasa pelik kenapa harimau hanya mengekori kancil pada hal mudah untuk harimau membaham kancil. Sampai di sebuah kolam, kancil pun berhenti.
"Di sinilah aku berjumpa dengan harimau itu, cubalah kamu tengok, aku takut" kata kancil. Harimau pun menjadi lebih marah dengan kata-kata kancil. Ia pun menjenguk ke dalam kolam dengan beraninya. Bayang-bayangnya segera muncul di permukaan air yang jernih dan tenag itu. Harimau mengaum dan membuka mulut seluas-luasnya menunjukkan taringnya yang panjang dan tajam. Harimau di dalam kolam pun membuka mulut seluas-luasnya.
"Kalau engkau harimau yang paling kuat, pergilah lawan dan tewaskannya," kata Kancil. Harimau bertambah berang dan terus terjun mendapatkan harimau itu ambil mengeluarkan kukunya yang tajam. Bila ia terjun, bayang-bayang pun hilang. Barulah ia sedar yang ia telah di tipu oleh kancil. Harimau untuk naik ke tebing kolam tetapi tidak berjaya kerana tebing itu tinggi. Kancil pun sudah melarikan diri. Oleh kerana terlalu angkuh, akhirnya harimau tewas dengan bayang-bayang sendiri.
|
Kesesuaian
|
Petikan
cerita ini mempunyai pelbagai bentuk ayat seperti ayat tunggal, ayat majmuk
dan dialog. Murid boleh membaca dengan sebutan, intonasi dan mengikut jeda
mengikut tanda baca yang betul dan bentuk ayat yang pelbagai.
|
Tajuk
2
|
Pahlawan Kecil
Ada seorang raja bernama Prabu Mandiri. Prabu Mandiri mempunyai seorang putra bernama Mandala. Mandala anak yang jujur dan berani. Umurnya baru sembilan tahun. Ia baik hati dan tidak sombong.
Kerajaan Prabu Mandiri diserang musuh. Musuh itu dari kerajaan Karanghawu. Mereka berperang berbulan-bulan. Alangkah hebatnya peperangan itu!
Prabu Mandiri berkata, "Wahai Mandala...pimpinlah rakyat kita berperang! Mintalah bantuan pamanmu...Aku sudah tua, tenagaku sudah berkurang. Aku sudah tidak berdaya lagi."
Mendengar kata ayahnya itu, Mandala bersujud.
Mandala dan pamannya berangkat ke medan perang. Dibunyikan kentong dan canang. Rakyat berkumpul di halaman istana.
Mandala berseru, "Hai rakyatku! Musuh hampir tiba, negara kita akan direbutnya! Bawalah semua senjata...kita bela negara kita! Berani karena benar, takut karena salah!"
Seluruh rakyat bersorak-sorak, lalu menuju medan perang. Mereka membawa pedang, panah, dan tombak. Musuh dapat diusir.
Maka rakyat bersorak dan berseru..."Hidup pahlawan kecil! Hidup pahlawan kecil!"
Legalah seluruh rakyat. Mandala menggantikan ayahnya menjadi raja.
|
Kesesuaian
|
Petikan
cerita ini mengandungi pelbagai bentuk ayat yang menggunakan pelbagai tanda
baca. Menggunakan petikan ini, murid-murid boleh diajar untuk membaca dengan
sebutan, intonasi dan jeda mengikut tanda baca dengan betul.
|
Objektif
5
|
membaca dan memahami maklumat yang tersurat daripada
pelbagai bahan untuk mengenal pasti idea utama dan membuat klasifikasi dengan
betul
|
Tajuk
1
|
Permainan Tradisional
|
Kesesuaian
|
Video ini berkaitan
dengan salah satu permainan tradisional iaitu permainan gasing. Berdasarkan video ini, murid
boleh mengenal pasti tentang permainan ini
dari aspek cara permainan, dan alatan permainan
|
Tajuk
2
|
|
Kesesuaian
|
Imej ini menunjukkan rumah terbakar. Secara tidak langsung, murid dapat mengetahui mengenai punca kemalangan yang berlaku sama ada melalui pengalaman sedia ada atau mendengar berita.
|
Objektif
6
|
Membaca, memahami dan menaakul maklumat dalam bahan
grafik dengan betul dan memindahkan kepada bentuk bukan grafik
|
Tajuk
1
|
Buah-buahan tempatan
|
Kesesuaian
|
Video ini menunjukkan
salah satu contoh buah-buahan tempatan iaitu limau. Berdasarkan video ini,
murid-murid boleh memahami maklumat yang terdapat daripada grafik tersebut
misalnya warna, bentuk dan rasa.
|
Tajuk
2
|
Kebersihan diri
|
Kesesuaian
|
Video ini menunjukkan cara menjaga kebersihan diri dengan menggosok gigi.
Menggunakan bahan ini, murid-murid boleh menyatakan cara-cara menjaga
kebersihan diri.
|
Objektif
7
|
membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan secara didik
hibur untuk memperkaya kosa kata dan menambah pengetahuan
|
Tajuk
1
|
Pantun Teka Teki Haiwan
Kalau tuan bawa keladi
Bawakan juga si pucuk rebung
Kalau tuan bijak bestari
Binatang apa tanduk dihidung?
Terendak bentan lalu dibeli
Untuk pakaian saya turun kesawah
Kalaulah tuan bijak bestari
Apa binatang kepala di bawah?
Cik Limah bersama anak lelaki
Duduk makan keropok lekor
Yang mengejar tidak berkaki,
Yang dikejar tiada berekor.
Belayar perahu dari Bentan
Menyusur tepi Selat Melaka
Lebar kepala dari badan
Apakah ikan cubalah teka?
|
Kesesuaian
|
Pantun teka teki boleh
merangsang minat murid untuk meneruskan aktiviti pembelajaran. Selain itu, pantun teka
teki ini juga boleh memperkaya kosa kata dan menambah pengetahuan murid.
|
Tajuk
2
|
Syair nasihat (teks)
Dengarlah anak ibu berpesan,
Lengkapkan diri dengan pelajaran,
Hanya itulah jadi bekalan,
Untuk hidup di masa depan.
Ilmu itu pelindung diri,
Seperti kebun berpagar duri,
Seperti sinar intan baiduri,
Itulah tanda orang jauhari.
Hidupmu kini di masa remaja,
Bagaikan permata amat berharga,
Jangan jatuh ke lembah hina,
Nanti menyesal tidak berguna.
Kalau hidup terasa susah,
Sering berhadapan dengan masalah,
Hadapi dengan hati yang tabah,
Jangan cepat resah gelisah.
Syaitan menggoda bertambah gundah,
Jangan mengambil jalan mudah,
Jangan sekali mencuba dadah,
Kalau terjerat sesal tak sudah.
Jika masa sudah terbuang,
Perginya tidak akan berulang,
Di hari tua sesal mendatang,
Mengingatkan waktu yang telah hilang.
Dunia bagai lautan dalam,
Gelombang besar karangnya tajam,
Di situ banyak kapal tenggelam,
Ramailah insan yang telah karam.
|
Kesesuaian
|
Syair ini
mengandungi nasihat-nasihat berguna kepada dalam kehidupan seharian murid.
Syair ini juga mengandungi pelbagai kosa kata baharu yang boleh menambah
pengetahuan dan memperkasa kosa kata murid.
|
KEMAHIRAN MENULIS
Objektif 1
|
melakukan aktiviti pramenulis dengan betul
|
Tajuk 1
|
Ikut saya. (Melukis bentuk-bentuk bebas di udara)
|
Kesesuaian
|
Aktiviti ini dapat membantu pergerakan motor halus murid sekaligus dapat melatih murid menulis huruf di tajuk yang akan datang.
|
Tajuk 2
|
Menyusun benda mengikut golongan bagi benda yang sama bentuk, warna atau ukuran.
|
Kesesuaian
|
Lembaran kerja ini memerlukan murid-murid untuk mencirikan benda mengikut bentuk, warna atau ukuran.Latihan ini dapat membantu
meningkatkan kemahiran pra menulis dan koordinasi mata dan tangan murid.
|
Objektif 2
|
menulis secara mekanis bentuk huruf dan perkataan yang
mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan cara yang betul dan tulisan
yang kemas
|
||||||||||||||||||||||||||||||
Tajuk 1
|
ABC
|
||||||||||||||||||||||||||||||
Kesesuaian
|
Bahan ini (lembaran kerja) sesuai digunakan untuk
melatih murid menulis bentuk-bentuk secara mekanis.
|
||||||||||||||||||||||||||||||
Tajuk 2
|
Suku kata
|
||||||||||||||||||||||||||||||
Kesesuaian
|
Lembaran kerja ini pula memerlukan murid untuk
mengisi tempat kosong dan memadankan berdasarkan perkataan yang telah diberikan. Penggunaan lembaran kerja ini secara tidak
langsung mendedahkan murid kepada suku kata terbuka dan tertutup.
|
Objektif 3
|
menulis perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan
dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan
bergabung dengan betul
|
Tajuk 1
|
Arnab yang Pemalas
Cerita kanak-kanak tentang dua sahabat. Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, “Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh.” “Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu,” jawab arnab. Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan kesejukan.”Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah begini,”kata tupai. “Ya, betul kata awak,” jawab arnab. “Pagi esok kita akan buat sarang,” kata arnab lagi.
Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang. “Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang,” kata tupai. “Tapi bukan sekarang,” jawab arnab. “Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh lapar!” Tupai menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh. “Alangkah baiknya jika kita ada sarang,” kata tupai. “Esok kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan.” Arnab yang pemalasitu tidak menghiraukan rungutan sahabatnya. “Kita tunggu esok sahajalah,” kata arnab.
|
Kesesuaian
|
Bahan ini merupakan cerita pendek yang mengandungi
diftong, digraf, vokal berganding dan konsonan bergabung yang telah
digariskan. Menggunakan bahan ini, murid dikehendaki mengklasifikasikan
diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dan menulis di dalam
ruangan yang telah disediakan.
|
Tajuk 2
|
Aku sebatang pen
Aku sebatang pen. Nama aku ialah Faber Castle. Saya dilahirkan di sebuah kilang pada tahun 1975. Aku berwarna merah. Badan aku diperbuat daripada plastik. Pada suatu hari, aku dan kawan-kawan aku di bungkus di dalam kotak.
Kami dibawa ke sebuah kedai menaiki van. Setelah kami tiba di kedai peralatan menulis, kami di pamerkan di sebuah rak kaca. Seorang guru bernama Puan Siti membeli saya dengan harga RM 2.90. Beliau selalu membawa saya ke sekolah. Beliau menggunakan saya untuk menandakan buku latihan pelajar. Beliau juga amat sayang akan saya.
Setiap hari sebelum balik, beliau mesti memastikan saya berada dalam begnya. Setelah tiga bulan, dakwat saya yang berwarna merah itu kehabisan. Saya tidak dapat menolong tuan saya lagi. Saya berasa sangat sedih. Beliau membeli sebatang pen merah yang baru. Saya gembira kerana dapat kawan baru. Tetapi, tuan saya telah membuat keputusan untuk membuang saya. Walaupun saya berasa sedih, namun berasa gembira kerana dapat berjasa untuk tuan saya selama ini dengan rajin.
|
Kesesuaian
|
Guru mengkehendaki murid untuk mencari perkataan yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul
|
Objektif 4
|
menulis secara mekanis ayat tunggal dengan betul dan
tulisan yang kemas
|
Tajuk 1
|
Bina ayat berdasarkan gambar
|
Kesesuaian
|
Murid dikehendaki membina ayat berdasarkan gambar yang diberikan.
|
Tajuk 2
|
Bina ayat berdasarkan gambar
|
Kesesuaian
|
Murid dikehendaki membina ayat berdasarkan gambar yang diberikan. |
Objektif 5
|
membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan
betul
|
Tajuk 1
|
Gotong royong
|
Kesesuaian
|
Imej yang menunjukkan aktiviti gotong royong yang dijalankan oleh penduduk kampung Azmi. Bahan ini juga disertakan dengan perkataan dan frasa yang menjadi panduan murid dalam membina ayat berdasarkan gambar yang dipaparkan.
|
Tajuk 2
|
Melintas dengan selamat
|
Kesesuaian
|
Imej ini menunjukkan
suasana murid yang melintas jalan raya di hadapan sebuah sekolah. Menggunakan
bahan ini, guru boleh meminta murid-murid untuk menulis perkataan atau frasa
yang menggambarkan suasana tersebut dan seterusnya meminta murid-murid membina ayat berdasarkan perkataan tersebut.
|
Objektif 6
|
menulis imlak perkataan dan frasa yang mengandungi suku
kata terbuka dan suku kata tertutup dengan ejaan yang tepat
|
Tajuk 1
|
Arnab yang sombong
|
Kesesuaian
|
Bahan ini ialah teks cerita yang bertajuk ‘Arnab
yang sombong’. Teks cerita ini mengandungi perkataan yang terdiri daripada
suka kata terbuka seperti lumba,
berhenti, malu dan lain-lain. Teks cerita ini juga mengandungi perkataan
yang terdiri daripada suku kata tertutup seperti lambat, yakin, melantik, hakim dan lain-lain. Guru boleh
menggunakan perkataan tersebut dalam aktiviti imlak.
|
Tajuk 2
|
|
Kesesuaian
|
Bahan ini merupakan sebuah video ringkas yang
bertajuk 'gosok gigi'. Dalam video ini, murid dikehendaki untuk mencatat beberapa perkataan yang mengandungi suku kata tertutup dan seterusnya membaca perkataan tersebut.
|
Objektif 7
|
mencatat maklumat daripada pelbagai sumber dengan betul
untuk diklasifikasikan
|
Tajuk 1
|
Seperti kacang lupakan kulit
Pak Utih sedar dia tidak bersekolah. Hendak berniaga, dia tiada modal. Hendak menjadi tukang rumah, dia tiada kemahiran. Apatah lagi hendak bekerja di jabatan kerajaan. Jadi, hanya buruh kasar pekerjaan yang sesuai untuk orang seperti dirinya. Begitupun, Pak Utih bertekad. Dia tidak mahu anak-anaknya menjadi seperti dirinya. Dia mahu melihat anak-anaknya berjaya. Mudah-mudahan, kejayaan mereka nanti dapat meringankan beban yang ditanggung selama ini. Saban hari, Pak Utih melakukan pelbagai pekerjaan. Dia sanggup mengambil upah menebas rumput, memanjat pokok kelapa, menanam pokok koko, dan memetik buah sawit semata-mata untuk menyekolahkan Karim dan Salim. Dia sanggup berlapar, dia sanggup tidak bersalin pakaian asalkan anak-anaknya dapat belajar. Kini, dia dan isterinya boleh berbangga. Betapa tidak, Karim dan Salim satu-satunyanya anak masyarakat kampungnya yang berjaya ke menara gading. Setelah tamat pengajian,Karim dan Salim bekerja di Kuala Lumpur. Gajinya pula cukup lumayan. Jadi, mereka mampu membeli kereta mewah dan rumah banglo. Rupa-rupanya, keseronokan di kota menjadikan mereka lupa diri. Mereka langsung tidak menziarahi ibu bapa mereka di kampung pedalaman. Pak Utih betul-betul tidak menyangka bahawa anak-anaknya yang disanjung kini "seperti kacang lupakan kulit". Apabila teringat akan anak-anak itu, air mata mereka bercucuran ke pipi. |
Kesesuaian
|
Bahan ini ialah sebuah petikan yang bertajuk ‘Hafiz
yang baik’. Petikan ini menceritakan tentang Hafiz, iaitu seorang murid tahun
satu di Sekolah Kebangsaan Maju Jaya dan menceritakan rutin seharian Hafiz.
Petikan ini menggunakan pelbagai bentuk kata seperti kata tunggal dan kata
berimbuhan. Guru boleh meminta murid untuk mengenal pasti kata berimbuhan
akhiran dan mencatat perkataan tersebut di dalam jadual yang telah disediakan.
|
Tajuk 2
|
Aku sebatang pen
Aku sebatang pen. Nama aku ialah Faber Castle. Saya dilahirkan di sebuah kilang pada tahun 1975. Aku berwarna merah. Badan aku diperbuat daripada plastik. Pada suatu hari, aku dan kawan-kawan aku di bungkus di dalam kotak.
Kami dibawa ke sebuah kedai menaiki van. Setelah kami tiba di kedai peralatan menulis, kami di pamerkan di sebuah rak kaca. Seorang guru bernama Puan Siti membeli saya dengan harga RM 2.90. Beliau selalu membawa saya ke sekolah. Beliau menggunakan saya untuk menandakan buku latihan pelajar. Beliau juga amat sayang akan saya.
Setiap hari sebelum balik, beliau mesti memastikan saya berada dalam begnya. Setelah tiga bulan, dakwat saya yang berwarna merah itu kehabisan. Saya tidak dapat menolong tuan saya lagi. Saya berasa sangat sedih. Beliau membeli sebatang pen merah yang baru. Saya gembira kerana dapat kawan baru. Tetapi, tuan saya telah membuat keputusan untuk membuang saya. Walaupun saya berasa sedih, namun berasa gembira kerana dapat berjasa untuk tuan saya selama ini dengan rajin.
|
Kesesuaian
|
Teks ini bertajuk ‘Aku sebatang pen.’. Menggunakan
bahan ini, murid-murid dikehendaki untuk mencari dan mencatat maklumat yang
berkaitan di dalam jadual yang telah disediakan.
|
Objektif 8
|
menulis untuk menyampaikan maklumat yang tepat menggunakan
bahasa yang santun
|
Tajuk 1
|
Taman Permainan Taman Wangsa
|
Kesesuaian
|
Gambar ini menunjukkan suasana di taman permainan Taman Wangsa. Guru
boleh menggunakan bahan ini dengan meminta murid menulis ayat untuk
menyampaikan maklumat yang terdapat di dalam gambar tersebut.
|
Tajuk 2
|
Warung Pak Hamid
|
Kesesuaian
|
Bahan ini merupakan teks bergambar mengenai suasana
di warung Pak Hamid yang dipenuhi sampah sarap dan lalat. Menggunakan
bahan ini, murid-murid dikehendaki menulis ayat dan menyampaikan maklumat
mengenai gambar tersebut.
|
Objektif 9
|
menghasilkan penulisan berbentuk naratif dan bukan naratif
secara terkawal dengan betul
|
Tajuk 1
|
Keluarga saya
|
Kesesuaian
|
Bahan ini merupakan latihan bergambar yang menyediakan
beberapa tempat kosong yang perlu diisi oleh murid-murid. Murid-murid
dikehendaki mengisi tempat kosong berdasarkan gambar yang disediakan.
|
Tajuk 2
|
|
Kesesuaian
|
Bahan ini merupakan lembaran kerja yang mengkehendaki murid mengisi tempat kosong
menggunakan perkataan yang disediakan.
|
Objektif 10
|
mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek
ejaan
|
Tajuk 1
|
Harimau dan bayang-bayangnya
Di dalam sebuah hutan ada seekor arimau yang besa dan garang. Semua bintang yang kecil takut akan dengan harimau itu. Apabila sang harimau mengaum, semua binatang akan bersembunyi. Binatang yang tidak sempat bersembunyi pasti akan menjadi mangsa harimau tersebutPada suatu hari, sang ancil sedang mencari makanan di satu kawasan yang redup. Ia seronok memakan daun-daun muda. Tiba-tiba ia terdengar bunyi ranting patah dari arah belakangnya. Ia terus menoleh. Ia nampak seekor harimau sedang menghampirinya. harimau itu mengaum dengan kuatnya dan sungguh menakutkan dan sang kancil tidak sempat untuk melarikan diri. Kali ini kau tidak boleh lari kan diri lagi aku akan makan kau, kancil!," kata harimau dengan garang. "Kalau engkau makan aku, kau akan di makan oleh binatang yang lebih besar," kata sang kancil.
|
Kesesuaian
|
Bahan ini ialah cerita pendek yang ditayangkan menggunakan ejaan yang salah. Guru boleh meminta murid-murid untuk menyalin
semula petikan tersebut dengan ejaan dan tanda baca yang betul.
|
Tajuk 2
|
Harimau dan bayang-bayangnya
|
Kesesuaian
|
Petikan ini merupakan sebuah teks yang ditulis
menggunakan huruf kecil sepenuhnya. Oleh itu, murid-murid dikehendaki untuk
menyalin semula teks tersebut dengan menggunakan ejaan dan tanda baca yang
betul.
|
No comments:
Post a Comment